Monday, June 28, 2010

mimpi dan realiti episod 2

sambungan episod 1

orang ramai yang mengusung membawa jenazah ke tanah perkuburan. sedang bayang matahari tidak kelihatan, awan menurut perintah meneduhkan bumi yang sekian lama menyeksa penghuni khatulistiwa. longlai, teringat akan menu akhirat yang menakutkan. penat, menyaksikan kebaikan sang munafik. lelah mengemis kebenaran tatkala disekat pencinta dunia.

"perumpamaan mereka seperti org2 y menyalakan api,setelah menyinarinya, Allah melenyapkan cahaya (yang menyinari) mereka dan membiarkan mereka dlm kegelapan, tidak dapat melihat. mereka tuli, bisu, dan buta, sehingga mereka tdk dpt kembali." al-Baqarah:17-18

justeru dia berhenti n mengucapkan salam kpd almarhum. hairan. tdk seorg pun menyedari kehadiranya. siapakah mereka? tdk pernah dilihatnya sblm ini. tdk terdetik dlm dirinya utk bertanya. jenazah diusung. semakin jauh. tapi terasa baru sahaja memberi salam.


"dan kami pasti akan menguji kamu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. dan sampaikanlah kabar gembira kpd org yg sabar. (yaitu) org2 yg apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna illaihi rajiun" (sesungguhnya kami milik Allah dan kpd-Nyalah kami kembali)" . al-Baqarah:155-156

meneruskan perjalanan. lidahnya tidak pernah kering. istighfar sbg penawar sewaktu kata tdk sehaluan dgn hati. melawan nafsu yang tidak berkesudahan. monolog dalaman y cuba memujuk diri bhw mati tmpt beristirehat dr segala kejahatn. dia menghela nafas satu persatu dgn perlahan. sukar utknya menghadapi saat y bakal ditempuh. dia yang sentiasa berusaha mengambil hikmat dari musibah. cukup baginya nikmat iman dan islam yng tidak mampu dibayar.

"wahai org2 beriman, maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan y dpt menyelamatkan kamu dr azab yg pedih? (yaitu) kamu beriman kpd Allah dgn harta n jiwamu. itulah y lbh baik bg kamu mengetahui. nescaya Allah mengampuni dosa2mu dan memasukkan kamu kdlm syurga yg megalir dibwhnya sungai2 n tempat2 tinggal yg baik d dlm syurga 'Adn. itulah kemenangan y agung". Ash-Shaff:10-12

senja petang itu disusuli hujan rintik. katak mula berbalas irama. dibiar pula pacat bertengek dikakinya. teman baik agaknya. masa berlalu begitu pantas, dia tiba disatu tanah perkuburan.ANEH! teringat akan keranda yang diusung sekumpulan lelaki berserba putih, dirinya dihujani persoalan kemana 'ia' dibawa pergi

nantikan sambunganya...

royalzaim.blogspot copyright
tdk ada kne mengena y idp atau y mati
mohon ambil iktibar

No comments:

Post a Comment

MY STORY