Sunday, May 17, 2009

PaGi iTu PaGi......?????

pagi ini tidak sama seperti pagi-pagi laen,
ak dkejutkan dgn bisikan muazin,
dalam~ minusuk kalbu.
malam tadi ckp pekat,
sepekat dakwat pena mentata bicara,
awal juga ak tido jika
dibandingkan dgn 3 rakan se apparment ku,
mereka bersengkam bola mata utk menyiapkan
assignment msg2,
xkrg jg dgn y sdg berqiamulail,
bunyi al-mulk dari luar appartment,
diprocess nya oleh audio cards
agar internal electrical signal dconvertkan ke audio signal,
so that we can hear it through da speaker,
keletihan y perit utk ku cerita en
melenakan asyikku diulik mimpi ku bersama
para tentera Islam berjuang memenangkan Islam.


pagi ini,
langit dinihari memikatku,
azan subuh selalu menggetarkan kalbuku,
dan fajar y merekah selalu mengalirkan
kedalam hatiku rasa takjub y luar biasa kpd Zat y menciptakan ku.


setelah selesai menunaikan rukun islam itu,
ak bersila diatas katilku dihadapan jendela
bilikku y dibuka luas.
ak memandang langit,
menikmati fajar sambil
menikmati breakfast mathurat berlaukkan pahala.
ak menhayati tasbih
salah seorang rumateku pd pg itu,
dgn masih berbalut jubah hijau muda,
menyandar di kaki meja,
dgn kaki membujur,
tunduk kepalanya,
bergetar jari jarinya,
riang pula si lidah melompat-lompat.



ak hirup dlm2 aroma yg khas itu,
aroma yg sama dgn aroma y ak rasakan ketika ak
kecil dulu,
tidak jauh berbeza,
aroma daun padi dr kwsn sawah di barat desa.
gurisan y indah berwarna syurgawi.
angin pagi y meniup hawa sejuk
menyapa rerumput y bergoyang2,
seolah2 sdg solat.


dikedakatanku,
ak mendengar halus suara alunan kalamuallah,
itu juga rumateku,
ak gelarnya sbg al-hafiz,
jika para bidadara itu ada putera,
maka,
dialah putera itu
y mengagungkan asma'u Allah di bilik kami.


seorang lagi,
muzik zikir merdunya,
ak kira x siapa dpt tandinginya,
pantulan suaranya,
membuatkan ak
lena di alam keinsafan,
memikirkan ak lah
hamba yg plg kecil dihadapanNYa.


langit dinihari sentiasa memikat hatiku,
bahkan sejak kecil lagi,
bintang2 yg berkelip,
bagiku!,
bagaikan ribuan para malaikat
mengintip penduduk bumi.
bulan,
terasa begitu anggun,
begitu mendamaikan hati,
ak tidak dpt melepaskan tarikan ayat-ayat kauni y maha indah itu.


sahabat,
bagiku adalah rotib dan atib,
y menghalangku,
utk ku bertemankan iblis!
sahabat,
terus membimbingku kejalan
yang Dia redhai....

salam ukhwahhh....
khas buat rumateku,
Akif,Syafuad,Izwan Taufik....
khas buat sahabatku yg laen,
mat atikullah,izzul,hulwan,isyam,amal,deedat,firdaus mat noor,................

2 comments:

  1. Temanku yang budiman,
    Bila kau renung bulan,
    Ingati aku..insan kerdil,
    Yang ingin sehebat bulan..
    Seterang bulan...Secerah bulan!!
    Nurnya menerangi..tanpa perlu membakar diri,

    Sahabatku yang disegani..
    Sesekali lemparkanlah,
    Senyumanmu pada taburan kejora itu,
    Kerana di situ ada aku....
    Insan kerdil yang kepinginan,
    Laksana kerdip-kerdip,
    Di dada alam...
    Biar dari jauh..namun sering disebut..
    "Bintang itu tanda hebatnya Pencipta aku!!!

    Sahabatku sang pejuang,
    Andai kau pandang beburung berterbangan..
    Doakan aku..
    Agar setabah burung itu..
    Bebas dan riang..
    Sesekali bila angin menerjah,
    Sayapnya sekit,perit..
    Namun beburung itu berbisik..
    "Kita mesti kuat!!!"

    Kita insan, wahai teman..
    sebaik-baik penciptaan,
    Namun tangan ini
    perlu diangkat ke langit,
    Agar Maha Agung menjadikan kita
    seterang bulan...setaat bintang..setabah beburung..

    Dan,
    Sahabatku yang dirindui..
    Sesekali bila sang kupu-kupu..
    Kau pandang riang berterbangan..
    Itulah aku!!
    Bertandang merisik khabar,
    Masih adakah rindumu??
    Masih bersisakah kasihmu??
    Untuk aku yang telah hilang di matamu..

    Sungguh..
    Perpisahan selalunya terlalu kejam..
    Namun sering benar ia menjadi bukti..
    Ada keikhlasan pada ukhuwwah ini,
    kerana
    -INGATANMU MASIH ADA UNTUKKU
    -syafuad,akif,izwan, zaim-

    ReplyDelete
  2. sungguh,
    hati kdg2 takut, kdg2 bimbang, sungguh..
    takut hati ini tdk thabat pada jalan yg satu ini, takut kabur dgn helah dunia..

    saat dan ketika inilah teman,
    dari jauh ku pinta sokongan,
    minta pedoman, minta nasihat..
    agar tak goyah dihembus bayu duniawi,
    biarlah teguh itu makin kukuh, biar nampak itu betul2 tampak, dan biar iman itu betul2 digenggam..SALAM UKHWAH FILLAH..

    ReplyDelete

MY STORY