Wednesday, March 10, 2010

dUkA

Hari-hari kulewati menungang masa yang semakin jauh ditinggalkan,
Payah melangkah cita yang kadang2 menguji keteguhan iman ,
Gagal menafsir erti hidup yang sebenar,
Pasrah mendaki impian yang tiada hasilnya,
Apa yg benar? Kata mereka, usaha tangga kejayaan,
Kadang2 aku terjerumus,
Susah untuk memelihara pandangan,
Penat memilih antara halal n haram,
Aku pengsan di antara ketawa dan air mata,
Punahkah harapanku?
Lama mana lagi aku hidup?
Di mana aku selepas ini?
Lidah ku kelu menjawab persoalan hati,
Akal yang semakin pendek di cantas sabit dunia,
Pekak disumbat fitnah dan hiburan,
Buta mendapatkan lubang utk mencapai sedikit cahaya,
Berhasilkah aku menangis kerana cinta dunia?
Bukan! Ini bukan cinta dunia!,
Tapi satu titik permulaan untukku terus maju.....

No comments:

Post a Comment

MY STORY