Saturday, October 31, 2009

1 months ago


6.30 petang waktu malaysia,
dia berdiri menghada
p sinaran matahari yang mula hilang,
dahinya berkerut seakan akan bersoalan di dalam perut minda,
lurus rambut menutup sebahagian dahi nya,
sejuk angin petang itu memnyaksikan lagi kemachoannya,
dia berfikir kebesaran Tuhan yg menggantikan siang dengan malam dan sebaliknya,
waktu malam pula di hiasi dgn keindahan cahaya lembut bulan dan gemerlapan bintang bintang.

sungguh teratur pelaksanaanNya,
begitulah juga dia,
sungguh Tuhan maha mengetahui dan maha mendengar rintihan anak muda itu,
dia sentiasa mengharapkan yang terbaik,
dan tak semua yang diidamkan akan tercapai,
kerana Tuhan maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita,
dia kini berharap lagi,
untuk kali terakhir di petaling jaya.

inilah semester terakhir dia berada di petaling jaya,
mungkin sudah ada kawan yg dahulunya senda tawa bersama kini berada di luar dari malaysia,
dia juga inginkan begitu,
berada di negara empat musim,
menaiki kapal terbang,
menjelajah negara luar,
menunaikan umrah,
bergambar di padang pasir,
melempar salji kepada si kawan.

inilah hidup di malaysia selama 2 dekad,
semalam dia berada di fakulti perubatan universiti malaya,
menelaah di pusat sumber d danaraj bukanlah pengalaman pertama kali,
pusat sumber yg tidak berhawa dingin tidak pernah membuatkan pelajarnya terbeban,
masih dapat melihat mereka begitu fokus,
pengalaman berada di emergency room ppum,
merupakan pengalaman yang paling berharga,
10 jam berada disana,
membuat aku sedar akan nikmat Tuhan yg tak dapat aku senaraikan.

apakah erti sebenar hidup?
apakah penyelesaian nya adalah mati?
ataupun bergembira selalai lalainya?
sehingga lupa akan cinta sejati?
di manakah kita?
dimanakah ilmuan berjiwa islam?
apakah buku anatomy lebih penting dari al quran?
atau movie mat salleh lebih seronok dari zikrullah?
apakah kita pernah terfikir?
dari aman kite hadir?
kemana kita akan pergi?
syurga adalah sebuah destinasi yang se abaDI nya...
wallahualam








1 comment:

  1. lalai~
    walau tahu hidup bkn selalu di tngh terik mentari,
    tahu pekat malam pasti muncul di hujung hari,
    tahu hidup bkn hnya ade permulaan,
    tahu yg mati itu pasti, akhirat itu janji..

    tapi, sentiasa hati berbolak balik,
    mncari ketngan palsu di balik hiburan melampau,
    sdgkn hakikat hati langsung menolak kepalsuan..
    sebab hati bimbang perlukan iman,
    hati resah perlukan tuhan,
    hati kecewa perlukan tarbiyah,


    jaim, teruskan menulis..sgguh tersentuh..bes2

    ReplyDelete

MY STORY