Saturday, June 6, 2009

GeSeRaN kAcA pEcAh

pasang surut angin bertiup
sesegan hujan yg turun disaat dhuha menjentik halus hati ini
mengerahku sujup kepada-Nya, memohon dimurahkan rezeki,
dr atas diturunkan,
tersembunyi dsebalik perut bumi dimuntahkan,
tatkala jiwa yg parah ini rindu sekali ingin mengadu pd yg Maha Perkasa!

First lecture sem 1 thn 2......
hanyalah sekadar sesi bertaaruf,
sapo mu, sapo aku, sapo pulok hok ngaja kami kali ini,
tp, hari ini, lecture pertama ak adlh kelas pertama pre-calculus 2.

Menerusi cuping telinga,
derap kasut bergetaran di lantai,
tanda2 kubro lecturer yg merangkap Head Department of Health and Medical Science.
bersedia utk memulas tombol pintu utk msk ke ruangan yg paling sejuk~ di kampus ini!errr....
terkhayal ak seketika berada di oversea!
putih halus salji turunmenutup atap bata merah bangunan usang yg dahulu nye pernah diduduki oleh golongan2 raja, walaupun sdh berusia ratusan tahun, ia masih tegap berdiri di puncak bukit di barat Wales. manakala nilai ukirannya usah lagi dipertikai, cukup2 mantap!
DOMM!!! pintu kayu coklat tua tertupup oleh 50 N daya yg dikenakan oleh Mdm Norafizah,
membuatkan aku timbul dari mimpi tetangguh tadi, uhhhh... cukup kecewa...

sekali lg otak kiri ku sesaiz gengaman tangan kiri ku bertaaruf dgn trigonometric f(x).3 kitab precalculus stewart, bluman dan elementary statistic seberat 2kg setiap satu akan ku bawa dan digalasnya didalam beg ala tentera sebagai persediaan menghadapi latihan ketenteraan di kuantan di saat angin monsun barat daya takabur menunjukkan belangnya.

semangat yg kusedari itu,
menjalar semakin memercikkan keringat,
mimpi berepisod ku bersambung lagi,
tatkala mdm menerangkan law of trigo dgn detailnya,
cerie nye gini...
sudah setahun lebih ak menghabiskan masa belajarku di University Of Wales,
yg terletak berhampiran sebatang sungai berlatartkan kawasan yg cukup klasik,
kereta2 70-an tidak pernah jemu menghuni Cambell Road itu,
dan tidak lama lagi ak bakal pulang ke Tanah Air tumpah darahku dgn 3 penerbangan yg berasingan.

"ok, itu saja utk ari ni! hinga ketemu besok ya anak2 sekalian"
bisa Indonesia itu mengejutku dr mimpi yg sebenarnya masih ada sebulan lebih utk blk ke klate, meski pekat tahun dua masih lg cair, entah apa yg ak dpt dr first lecture kali ni...tension nyohhh!

keluar dr bilik kuliah yg memuatkan masam masin 50 org itu,
ak terus melangkah megah,
staight menuju ke iiu digital library,
yg terletak 90 degree dr masjid kolej Islam Malaya,
tp ia xlah secanggih digibrary di korea selatan,

menganjur seluas mata memandang,
mengharungi jln setapak tanpa menghiraukan simbahan hujan yg renyai2 dlm panas terik,
menapak dalam keriuhan org ramai,
termasuk student baru uia yg berjalan tergesa-gesa,
berjalan tanpa menoleh,
sinar matahari langsung tak memberi kesan,
secebis kehangatan x lut dek tubuh,
umpama hiasan langit bumi semata2,
sibuk dgn hal masing2,
cis!

dalam redup rimbunan akar2 berdaun hijau kekuningan,
menjalar molek di setiap palang masjid yg kukira ckp unik,
aku mendongak ke langit bumi, oh ,
biasan matahari menyakitkan anak mata,
nasiblah kulit muka ku ini dilidungi Pro exfolianate dan dienhace lg dgn Actice Defense System.

Musim di Volgorad,Rusia,
tidak sejajar dgn negara2 asia tenggara yg saat ini,
sahabatku disana mengalami summer yg semacam panasnya.

Dalam kesibukan skeletal muscle contract and relax,
membantu kelancaran pegerakan ku,
ak bersyukur,
dan aku berdoa,

Ya Allah! sibukkanlah anggota tubuhku dgn ketaatan kpd-Mu,
dan hati ak dgn makrifat kpd-Mu,
sibukkanlah sepanjang hayatku,
pertemukanlah aku dgn org2 soleh yg sdh mendahului ku,
berilah aku rezeki sebagaimana rezeki yg Engkau kurniakan kpd mereka,
datangkanlah kpd kami sebagaimana yg Engkau datangkan kpd mereka,
amin!

seperti malaikat menemaniku mertasbih kpd sang Pencipta,
memuji-Nya!
pejam celik mata menatap tajam nota heredity and genetics,
tatkala teduduk di kerusi di penjuru pusat sumber itu,
satu demi satu halaman aku selak,
difahamkannya terus dihafalnya,
dan,
begitulah seterusnya......

5 comments:

  1. aturan alam terus mengajar kita,
    yang hidup bukan selalu seperti yang kita inginkan,
    tapi percaya dan yakin lah itu yang terbaik untuk kita,
    bukan sudah termaktub ini rezeki kita..

    tapi manusia memang patut bermimpi,
    mimpi itu kunci,mana hala tuju masa depan~

    setuju,..
    biarlah setiap cm³ oksigen yang kita sedut,
    biarlah setiap saat nadi yang bergerak,
    biaralah setiap kali impulse dari neurons of CNS sampai ke motor neuron,
    biarlah setiap kali mata berkelip..
    kita tumpukan pada yang SATU,
    sungguh DIA Tuhan perencana segala kejadian~

    p/s: jaim, slamt tempuhi sem baru dgn jiwa pemimpin yg kita mahu~

    ReplyDelete
  2. salam jaim...
    bwat link ko blog saye..hehehehe..
    hok awok bwat tuh blog lamo..x guno doh pom..
    skang nie: .wordpress..hehehhe

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Zaim group 6 core course eh?
    Hoho, nice blog! :)

    ReplyDelete
  4. This is Sarah.
    Mdm Fazlina panggil Syahirah. Pakai specs.Kelas core course sem 1 1st year, sem 1 2nd year.
    Cute front teeth. Ahahaha.

    ReplyDelete

MY STORY